budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Friday, May 27, 2011

salam.. himpunan hadis 1


1. Tanda-tanda Orang Yang Mencintai Nabi


Daripada Abdullah bin Mughaffal r.a., katanya, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w., "Ya Rasulullah, demi Allah, sesungguhnya saya ini nescaya cinta kepada Tuan." Beliau lalu bersabda: "Lihatlah baik-baik apa yang engkau ucapkan itu."

Orang itu berkata lagi, "Demi Allah, sesungguhnya saya ini nescayalah cinta
kepada Tuan." Dia berkata demikian sampai tiga kali.

Kemudian beliau s.a.w. bersabda, "Jikalau engkau mencintai saya, maka
sediakanlah sebuah baju tijfaf untuk menempuh kefakiran, sebab sesungguhnya kefakiran itu lebih cepat mengenai orang yang mencintai saya daripada cepatnya air banjir sampai di tempat penghabisannya."

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.

__________________________________

Attijfaf - iaitu sesuatu yang dikenakan pada kuda untuk menjaga dirinya dari bahaya - senjata dan lain-lain, dan kadang-kadang pakaian sedemikian itu juga dikenakan oleh manusia.

  

2. Solat Jenazah.


Daripada Ibnu Abbas r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiada seorang muslim pun yang meninggal dunia, kemudian berdiri untuk menyembahyangi jenazahnya itu sebanyak empat puluh orang yang semuanya tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan Allah akan mengurniakan syafaat kepada orang yang mati tadi."

(Riwayat Muslim)

3. Amalan Lelaki Di Hari Jumaat

Daripada Abu Hurairah r.a., bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesiapa yang
  mengambil wuduk dengan baik, kemudian hadir solat Jumaat lalu mendengar khutbah dan senyap, akan diampunkan dosa-dosanya di antara Jumaat itu dan Jumaat akan datang dengan tambahan tiga hari."

(Riwayat Muslim)



4. Imam dan Istiqamah

Daripada Abu `Amru ( atau digelar juga Abu `Amrah ) Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah.

(Riwayat Muslim)



5. Seribu Kebaikan

Daripada Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kami berada di sisi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: "Adakah seseorang di antara kamu tidak kuasa mencari seribu kebaikan dalam setiap harinya?" Kemudian ada seorang dari
golongan yang duduk-duduk di waktu itu bertanya pada beliau s.a.w.: "Bagaimanakah caranya mencari seribu kebaikan itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Hendaknya orang (yang ingin mendapat seribu kebaikan dalam sehari itu) tadi membaca tasbih seratus kali, maka untuknya dicatatlah sebanyak seribu kebaikan atau dihapuskanlah dari dirinya seribu kesalahan."

(Riwayat Muslim)
 


Amalan Hari Jumaat Untuk Lelaki dan Wanita

Daripada Aus bin Aus r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:  "Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekalti ialah hari Jum'at, maka perbanyakkanlah membaca shalawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya
bacaan shalawatmu itu ditunjukkan kepadaku." 

Para sahabat berkata: "Ya Rasulullah, bagaimanakah shalawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya?" Dalam sebahagian riwayat disebutkan: dengan kata-kata: "Sedangkan Tuan telah rusak tubuhnya?"  Nabi s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuhnya sekalian Nabi."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.
 

No comments:

Post a Comment