budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Wednesday, April 21, 2010

salam... kemahiran mengingat

Minat. Untuk mengingati sesuatu fakta anda mestilah mempunyai minat untuk mengetahui tentangnya. Anda mesti mempunyai sebab kenapa mahu mengingatinya. Fikirkan langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk meningkatkan minat anda ketika belajar atau ketika berada dalam kelas. Sekiranya anda sedar yang anda tidak berminat pada satu-satu mata pelajaran atau pada seorang guru, lakukanlah usaha untuk memperbaiki diri anda demi masa depan anda. Langkah-langkah seperti berikut boleh membantu:
• Dapatkan rakan yang hebat dalam pelajaran tersebut.
• Kenali guru anda dan cuba fikirkan kebaikan-kebaikannya daripada memikirkan keburukan-keburukannya
• Lakukan lebih banyak latihan untuk menguasai mata pelajaran tersebut. Mulakan sedikit dahulu, apabila anda menguasai, walaupun sedikit, anda akan mula lihat bahawa anda punya potensi untuk pergi lebih jauh. Minat mula berputik
• Cari jalan untuk mempraktikkan apa yang anda pelajari. Pelajaran bahasa memerlukan anda sentiasa bercakap menggunakan bahasa tersebut
Berhasrat Untuk Mengingatinya. Hasrat yang sungguh-sungguh untuk mengingati sesuatu fakta. Berfikir secara positif dan katakan pada diri yang anda pasti boleh mengingatinya. Amalkan sikap yang anda pasti mempelajari dan menguasainya sekarang, bukan esok bukan akan datang. Langkah-langkah berikut turut membantu:
• Anggapkan bahawa guru akan memberikan kuiz dipenghujung sessi, ganjarannya ialah RM10 untuk setiap soalan yang dijawab dengan betul.
• Rekodkan pada sehelai kertas setiap kali anda meyedari yang fikiran anda melayang. Serta merta kembali berikan tumpuan. Dengan cara ini anda melazimkan minda anda untuk berusaha memberikan tumpuan.
• Apabila membaca cuba berkata-kata kembali dengan penulisnya (walaupun penulis sebenarnya tidak ada dihadapan anda).
• Ketika guru mengajar bentuk soalan sebanyak mungkin dan soal ketika berpeluang.
Pengetahuan Asas. Pemahaman anda tentang sesuatu subjek baru bergantung kepada sejauh mana pengetahuan anda tentang subjek tersebut sebelumnya, dan juga subjek-subjek yang berkaitan dengannya. Lagi mantap pengetahuan asas anda, lagi mudah anda menguasai subjek yang baru dipelajari.
Tip: Lagi banyak pengetahuan asas anda tentang sesuatu pelajaran lagi mudah untuk anda lebih mengetahui tentangnya.




Langkah-langkah yang boleh diambil:
• Buat imbasan sebelum mempelajari pelajaran / tajuk baru (Lihat bahagian membaca kritikal).
• Baca bahan sebelum bermulanya kelas. Baca walaupun anda tidak begitu memahaminya. Ini akan menjadi pengetahuan asas untuk anda.
• Mulakan dari yang mudah kepada yang susah. Jangan abaikan perkara asas walaupun nampak mudah.
• Lakukan usaha pengayaan bahan, baca buku-buku tambahan, cari bahan dalam internet dan sebagainya.
Pemilihan. Anda mesti mampu menilai bahagian mana yang lebih penting dan pilih bahagian tersebut untuk didalami. Minda tidak mampu untuk menguasai sepenuhnya subjek baru dalam sesuatu masa. Minda juga mempunyai had untuk mencerap perkara baru. Oleh itu pilihlah perkara yang paling penting dulu untuk dipelajari, bermula dari sini anda boleh mengembangkan pengetahuan anda dengan menjadikan perkara yang telah dipelajari ini sebagai pengetahuan asas anda.
Pengecilan Saiz Maklumat. Anda boleh belajar dan mengingati fakta dengan lebih baik sekiranya anda mampu mengagihkan fakta-fakta tersebut kepada beberapa kumpulan tertentu yang lebih kecil. (Lihat bahagian Teknik Ceraian).
Recitation. Menyebut fakta atau ide dengan suara yang boleh didengari oleh telinga anda mempercepatkan maklumat dipindah dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Penyebutan berhasil kerana beberapa sebab:
Anda tahu anda perlu menyebutnya dengan menggunakan ayat sendiri, maka anda akan berikan lebih tumpuan. Anda juga meningkatkan hasrat untuk mengingatinya.
Anda mendapat maklumbalas segera sama ada anda mampu mengeluarkan semula maklumat tersebut. Sekiranya anda telah menguasai sesuatu subjek maka anda juga pasti boleh menerang dan mengajarkannya semula.
Apabila anda mendengar setiap patah perkataan, anda menggunakan bahagian otak yang lain untuk memproses maklumat.
Tip :
• Gunakan kad kecil.
• Setiap kali habis baca satu perenggan, berhenti sejenak, jelaskan semula kepada diri anda apa yang telah anda pelajari dengan menyebutnya dalam perkataan anda sendiri.
• Dapatkan rakan yang boleh sama-sama menyoal dan menjawab.
Leceh? Memang melecehkan tetapi jauh lebih baik daripada anda membaca tetapi tidak faham dan tidak ingat.
Gambaran Minda. Ini adalah prinsip memori yang sangat penting. Kaedah ini memerlukan anda menggambarkan setiap fakta yang anda mahu ingat. Dengan menggambarcara anda menggunakan otak kanan anda seiring dengan membaca yang menggunakan otak kiri. Begitu juga ketika guru mengajar, tukarkan setiap penyampaian guru ke dalam bentuk gambaran minda. Sebenarnya minda anda

Tuesday, April 20, 2010

salam... sajak imam Bukhari

Di kala malam yang sunyi sepi
Ba
ni insan tengah tenggelam
dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini
tersentak bang
un pergi membasuh diri
untuk datang mengha
dap-Mu tuhan
Lemah lututku berdiri
di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah serta hina ini
Engkau terima jua mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran-Mu



Tuhan

Hamba tidak pasti
bagaimana penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan

Engkau berjanji
untuk sedia menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu

yang mulia itu ada nyatakan:
Ampunan-Mu Tuhan lebih besar
dari kesalahan insan
hamba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah..

Monday, April 19, 2010

salam.. Apa yang patut ana lakukan setiap hari…



Baca ma’thurat pagi dan petang



Wajib baca al-quran lepas solat atau bila ada kelapangan

Solat dhuha & Solat berjemaah

Baca buku-buku akademik dan agama

Solat sunat taubat dan istikharah sebelum tidur

Solat sunat tahajjud dan hajat di malam hari

Jangan ponteng kelas/tutorial/lab. Buat tugasan yg diberi

Tanya lecturer/tutor tentang perkara yang tak paham. Tak boleh malu!!!


Tanya khabar/masalah sahabat2 & eratkan ukhuwwah

Jangan tidur siang…kalau tidur pun, dalam 30 minit jer (lepas subuh dan asar dilarang sama sekali)

Amalkan zikir dan surah-surah yang digalakkan
Muhasabah diri waktu betul-betul dah nak tidur (malam)
Kena istiqamah dengan apa yang dilakukan

salam.. Lima tanda hati keras membatu




Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya... Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:

1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)

2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)

3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.

4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.

5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)

Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

salam... hati seorang ayah



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya
kepada ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?" Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.


Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."


Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"...


Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.


Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.


Kerana perasaan ingin tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada keluhan dan rasa sakit ?"


Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."


Hanya itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi membongkok?


Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.


"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman, teduh dan terlindung."


"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh keluarganya."


"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".


"Ku berikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat, adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahnya."


"Kuberikan kesabaran, ketekunan serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".


"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai hatinya.


Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap. Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."


"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang, walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh anak-anaknya."


"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling menyayangi."


"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan, bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."


"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong ), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab ini adalah amanah di dunia dan akhirat."


Terkejut si anak dari tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.


"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."


Note:
Bila ayah anda masih hidup jangan sia-siakan kesempatan untuk membuat hatinya gembira. Bila ayah anda telah tiada, jangan putuskan tali silaturahmi yang telah dirintisnya dan doakanlah agar Allah selalu
menjaganya dengan sebaik-baiknya. Amin.
"

Saturday, April 17, 2010

salam... pengorbanan...tadhiah...

Alhamdulillah.. kesyukuran kita kepada Yang Maha Esa,.Selawat dan salam keatas junjungan Nabi kita yang agung.. Assalamu'alaikum..... mari kita sama perbanyakkan zikrullah dan sholawatu 'alan Nabi. ... subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah , Allahu akbar..
allahumma sholli 'ala saiyidina muhammad.. mari sama2 kita mengimbas kembali sejarah perjuangan Rasulullah dan para sahabat Baginda yang telah banyak berkorban demi perjuangkan agama Allah yang agung dan mulia ini.. peristiwa demi peristiwa , pengorbanan demi pengorbanan.. tetapi apa yang hendak dibahaskan sekarang adalah pengorbanan kita kepada ahli keluarga.. abang dan kakak berkorban untuk adik2,, anak2 brkorban untuk ibu ayah,, ahli keluarga berkorban untuk sesama mereka,, isteri dan suami sama2 berkorban,, berkorban dgn penuh kasih sayang.. apa y bleh kita korbankan.. ..1.. belajar bsungguh2,..2.. sanggup perg jauh untuk bljar.. 3.. korban msa.. 4.. korban harta.. byk lagi yang bleh kita korbankan.. kita korban hati dan perasaan dn sbgainya.. tetapi,, persoalannya.. apakah kita sudah berkorban?? pernahkah kita berkorban??? untuk siapa kita bkorban?? y plg pnting.. berkorbanlah apa saja pun.,, semuanya adalah kerana Allah yang Maha Esa..


salam.. makan kerana Allah...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.. Asslamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. ucapan kesyukuran kehadrat ilahi yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi,, serta ucapan selawat dan salam keatas junjungn Nabi kita Nabi Muhammad shollallahu 'alaihissalam..

Kadang2 kita lupa,, kita makan pun adalah di kira ibadah, jika kita makan kerana Allah bukannya kerna nafsu. Setiap perkara HARUS yang kita lakukan berpaksikan kerana Allah, ianya di kira sebagai ibadat.. Dalam seharian sudah berapa banyak ibadah yang boleh di
lakukan jika melakukan kerana Allah Ta'ala.. kita banyak mensia2kan peluang yang diberikan kepada kita.. Allah menjadikan manusia untuk beribadah kepada Allah.. Kadang2 kita susah hendak mengawal permakanan kita, Islam menuntut kita mencari makanan Halalan Thoiyiban...

Friday, April 16, 2010

salam.." saiyidul ayyam"...

Assalmu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamghfiratuhu waridhwanuh..... Kita hndaklah sentiasa bersyukur kepada Allah yang menghidupkan dan mematikan kita,, Yang Maha Besar dan Penguasa alam ini.. alhamdulillah..
Hari ini hari jumaat.. penghulu sgala hari.. adakah kita sdh merasakn apa y kita lalui hr ini sdh ckup baik ??? berselawat...tidak..!.. bersedekah... tidak..!.. mmbaca alquran.... tidak jga.. solat bjmaah 5 waktu... tidak... solat2 sunat .... pun tidak jgak.. bagaimana itu.....!!!!!!!!!!!TIDAK>>TIDAK>>TIDAK>> ,, apa yang bila di tanya.. kita katakn "YA"
Tepuk dada... bukan ty selera, tp tepuk dada,, gosok2 n urut2 balik,, sbb apa,, Sbb terlampau sakit akibat ketidakkan kita.. apa yang sakit????? SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI...... jika sudah tidak terlalu mampu untuk mlakukan pkara sunnat,, jagalah dgn teliti akan perkara2 WAJIB..... WALLAHUA'LAM



salam.. selamat kembali


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamaghfiratuhu waridhwanuh.. .. dgn nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... bersyukur kehadrat ilahi dgn limpah kurniaNya yang tak terhingga.. kita msih dpt lg nikmat2 Allah, nikmat islam jua iman.. nkmat hdp dmuka bumi Allah yang mnjadi tanda kebesaran kekuasaan Allah Ta'ala..
setelah sekian lama tidak menulis didalam blog ini.. akhirnya Nur hidayah Allah menrangi kalbuku agar terdetik untuk mengaktifkan dr untk ber'blog',.. doakanku agar terus maju dalam penulisan ilmiah didalam blog ini.. ya Allah.. Engkau Ampunilah dosa2 ibu bapaku, dan jua smua orng2 islam.. amin.. beri lah hidayah dan taufikMU kepada kami semua Ya Allah ..