budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Tuesday, May 10, 2011

salam.. kenali Mahkamah Syariah Malaysia

Sejarah

Pada kurun 15, Islam telah bertapak di Melaka. Undang-Undang Islam mula digunakan apabila pembesar dan raja-raja memeluk agama Islam. Risalah Hukum Kanun, Undang-undang Melaka dan Undang-undang Pahang adalah undang-undang Islam yang telah wujud ketika itu. "Sebelum kedatangan British undang-undang Islam adalah undang-undang negara di Malaysia. Mazhab yang diikuti ialah Mazhab Syafie" kata Hakim Edmond JC – Shaik Abdul Latif, dll lwn Shaik Elia Bux). "Undang-Undang Islam bukanlah undang-undang asing tetapi undang-undang tempatan & undang-undang negara" (Kes Ramah lwn Laton – Mah. Rayuan Ngri Melayu Bersekutu –(1927) 6 FMSLR 128). Kejatuhan Melaka pada 1511, Portugis dan kemudiannya Belanda telah menjajah Melaka, Walaubagaimanapun kedudukan dan pelaksanaan undang-undang Islam tidak terjejas. Mulai 1786, kedatangan Inggeris mengambil Pulau Pinang dan Kedah menjadi titik mula usaha pengenepian Undang-undang Islam. Mereka menganggap Pulau Pinang ketika itu tidak mmepunyai sebarang sistem perundangan (Undang-undang) dan mendakwa undang-undang Islam yang diamalkan adalah zalim.(Dakwaan mereka palsu kerana ketika itu Tanah Melayu telah mempunyai Undang-undang Islam yang bertulis).
Pada 1880 Inggeris mula memenuhi kehendak rakyat Tanah Melayu dengan akhirnya bersetuju menggubal Ordinan Perkahwinan Mohammedan No. 5 Tahun 1880. (kahwin & cerai umat Islam). Pada tahun 1948, ordinan Mahkamah Persekutuan dan sistem kehakiman persekutuan memisahkan Mahkamah Syariah dari hierarki mahkamah. Pada masa pemerintahan kuasa asing, segala urusan agama diberi kuasa kepada raja-raja Melayu tetapi terhadap bidang yang terbatas seperti perkahwinan, adat istiadat, dan agama. Sejak Tahun 1952 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Selangor No. 3 Tahun 1952 dilulus dan dikuatkuasakan. Ia merupakan Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam yang pertama, terlengkap ketika itu yang mengatur pentadbiran perundangan Islam. Kuatkuasa undang-undang itu adalah Khas untuk umat Islam dan terhad kepada bidang munakahat, waris kesalahan matrimoni dan kesalahan takzir sahaja. Kemudiannya langkah negeri Selangor itu oleh negeri-negeri lain di Malaysia Barat.
Sultan adalah sebagai Ketua Agama dan mempunyai bidang kuasa perkara-perkara berkaitan dengan hal-hal agama Islam. Keadaan ini diamalkan sejak sebelum merdeka lagi. Sultan bagi setiap negeri di Malaysia dilantik sebagai Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam. Bagi negeri yang tidak mempunyai institusi beraja seperti MelakaPulau PinangSarawak, Wilayah dan Sabah, Ketua Agama yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran agama Islam ialah Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah Syariah dinamakan Mahkamah Kadi bagi menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap negeri ditubuhkan sebuah Jabatan Agama Islam untuk mentadbir perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang di bawah peruntukan pentadbiran agama Islam. Mahkamah Syariah adalah satu badan penting yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam pada setiap negeri. Mahkamah Syariah juga ditubuhkan di setiap daerah bagi kebanyakan negeri untuk memudahkan lagi menjalankan pentadbiran agama Islam. Ketua bagi setiap daerah berkenaan dilantik seorang Kadi Daerah.

Tujuan & Peranan

  • Mengekalkan perundangan Islam yang diperuntukkan kepada mahkamah ini bagi menjamin setiap Muslim patuh dan tidak melanggar perintah Allah s.w.t berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.
  • Menjalankan pentadbiran agama Islam al-Quran dan as-Sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam
  • Melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam.
  • Menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga.
  • Tempat rujukan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta menyelesaikan masalah rumahtangga.
  • Memberi bimbingan dan nasihat kaunseling kepada pasangan yang ingin berumahtangga agar dapat membina rumahtangga yang bahagia sebagaimana tuntutan agama.
  • Tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai
  • Tempat menyelesaikan masalah kekeluargaan seperti nikah kahwin, penceraian, talak, fasakh, dan sebagainya.
  • Menyelesaikan masalah sosial dalam masyarakat seperti judi, minum arak, riba, khalwat, dan lain-lain perkara mungkar
  • Membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat
  • Juga bertugas sebagai penasihat jika diminta oleh kerajaan
  • Badan yang dilantik oleh kerajaan yang bertanggungjawab memberi penerangan berkait dengan keagamaan, kekeluargaan dan sentiasa berdakwah sepanjang masa
  • Menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.

Bidang Kuasa Jabatan Agama Islam & Mahkamah Syariah

Mahkamah Syariah diberi nama Mahkamah Kadi(dahulunya sebelum pemisahan antara dua agensi ini berlaku) telah diberi kuasa menjalankan peraturan dan peruntukan Undang-undang Pentadbiran Agama Islam bagi setiap negeri dan daerah di Malaysia. Bidang kuasa yang diberikan adalah seperti perkahwinan, penceraian, kekeluargaan serta penyelesaian harta pusaka kecil.
Mahkamah Syariah menjalankan tugas yang berasingan dengan Pejabat Agama. Pejabat Agama menjalankan pentadbiran dalam hal-hal yang bersangkut dengan masyarakat Islam seperti urusanzakatBaitulmal, dakwah, pendidikan,pengurusan masjid dan sebagainya mengikut kuasa bagi setiap negeri berkenaan di Malaysia. Pada masa kini semua Mahkamah Syariah telah terpisah pentadbiranya dengan Jabatan Agama Islam.Mahkamah Syariah telah ditukar identitinya menjadi Jabatan Kehakiman Syariah Negeri. Kebanyakan negeri menjadikan Majlis Mesyuarat Dewan Undangan Negeri sebagai institusi yang tertinggi(pembuat dasar) dan diikuti Majlis Agama & Istiadat,Jabatan Mufti,Jabatan Kehakiman Syariah dan Jabatan Agama Islam.

Perlaksanaan Pengadilan di Mahkamah Syariah


Mahkamah Rendah Syariah

  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan oleh enakmen negeri
  • Mendengar dan memutuskan kes-kes tersebut
  • Menyediakan kertas-kertas keputusan dan laporan mahkamah
  • bicarakan kes-kes di peringkat daerah.


Mahkamah Tinggi Syariah

  • Membicarakan kes-kes yang diperuntukkan kepadanya
  • Mengeluarkan perintah kes-kes sivil dan jenayah
  • Menyelesaikan dan mengesahkan kes-kes faraid
  • Menguruskan kes-kes rayuan
  • Menyediakan jurnal mahkamah untuk diterbitkan (bagi sesetengah negeri)


Mahkamah Rayuan Syariah

  • Bertugas untuk mendengar kes-kes rayuan
  • Mempunyai kuasa pembatalan mana-mana sabitan hukuman oleh Mahkamah Syariah
  • Mengurangkan hukuman
  • Memerintah supaya diadakan pembicaraan semula atau ulang bicara
  • Menerima rayuan responden yang dihukum penjara atau denda tidak kurang RM25.00 dan telah membuat rayuan mengikut prosedur yang telah ditetapkan
  • Setiap rayuan akan didengar sekurang-kurangnya oleh tiga orang panel(hakim) rayuan daripada Panel(hakim) Rayuan Syariah yang dilantik dan ditaulaiha oleh KDYMM Sultan*(Ketua Hakim adalah Pengerusi Panel Rayuan Syariah)Keputusan mahkamah adalah muktamad dan sah.


Bidang kuasa

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia. Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.[1][2] Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.


Perlembagaan Malaysia 1965

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1965 adalah seperti berikut:
  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM1000.00 sahaja atau
  3. 6 bulan penjara atau
  4. Gabungan kedua-duanya (denda dan penjara)


Perlembagaan Malaysia 1984

Kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia 1984 dengan pindaan adalah seperti berikut:
  1. Boleh membicara dan menghukum dengan hukuman penjara atau denda ke atas orang Islam sahaja
  2. Denda tidak melebihi RM5000.00 sahaja atau
  3. 3 tahun penjara atau
  4. Hukuman rotan tidak melebihi daripada enam kali sebatan atau
  5. Gabungan ketiga-tiganya (denda, penjara dan rotan)

Enakmen dan Akta Kekeluargaan Islam di Malaysia

Undang-undang kekeluargaan Islam merupakan suatu akta bagi mengkanun peruntukan-peruntukan tertentu undang-undang kekeluargaan Islam mengenai perkahwinan, penceraian, nafkah, penjagaan dan lain-lain yang berkaitan dengan kehidupan keluarga. Setiap individu di Malaysia boleh merujuk kepada undang-undang kekeluargaan mengikut negeri-negeri berikut:
Bil.NegeriNama Akta / EnakmenRujukan
1JohorEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Johor5/1990
2Negeri SembilanEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Sembilan7/1983
3PahangEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Pahang3/2005
4PerakEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Perak13/1991
5PerlisEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Perlis4/1992
6Pulau PinangEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Pulau Pinang2/1985
7SelangorEnakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor4/1984
8TerengganuEnakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam Johor12/1985
9KedahEnakmen Keluarga Islam Kedah1/1984
10KelantanEnakmen Keluarga Islam Kelantan1/1983
11MelakaEnakmen Keluarga Islam Melaka8/1983
12SabahEnakmen Keluarga Islam Sabah15/1992
1SarawakOrdinan Undang-undang Keluarga Islam Sarawak5/1991
1W. PersekutuanAkta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan(A303) 1983 pindaan / (A828)


Prestasi Mahkamah Syariah

Menurut Senator Mejar Jeneral (B)Dato' Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebanyak 90 peratus kes-kes melibatkan Mahkamah Syariah berjaya diselesaikan dalam tempoh 12 bulan, sekali gus melenyapkan tuduhan pihak tertentu terhadap institusi itu yang dikatakan lewat menyelesaikan sesuatu kes dan kerap tertangguh.



No comments:

Post a Comment