budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Wednesday, March 30, 2011

salam.. FEVER !!!!

assalamu'alaikum,, alhamdulillah hari ni dah baik sedikit demam.. syukur ke hadrat Allah.. ujian yang Allah berikan ini adalah tarbiyyah untuk manusia.. demam ni,, ada kajian yang mngatakan ianya adalah untuk menunjukkan bahawa imunisasi kita berfungsi.. untuk hari ini, ingin saya kongsikan mngenai demam. Dalam kita menghadapi demam , sejak 1400 tahun dahulu Junjungan Besar Nabi Muhammad yang dicintai telah menunjukkan garis panduan mengenai DEMAM .. ianya seperti berikut : 

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.   

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.  

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah .
    Bersyukurlah kepada sesiapa yang mnghidapi demam,  ini kerana demam juga adalah salah satu kafarah dan tanda rahmat daripada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. seperti telah dirakamkan di dalam hadis :

    Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

    Segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
    Demam Penebus Dosa. Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati. Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

    kita boleh cuba amalkan seperti  doa2 ini : 

    Doa Demam Panas


    بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ الناَّرِ

    Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

    Doa ini elok dibaca ketika menziarahi orang sakit demam panas atau berkaitan kepanasan seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.


    اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ العظيمِ، فَلاَ تَصْدَعِي الرَّأْسَ، ولا نُتْتِنِيْ الْفَمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ

    Maksudnya: Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

    Dua doa ini seeloknya dibaca sendiri kaum keluarga yang menjaga orang sakit. Tidak perlulah upah orang lain baca doa sependek ini. Kalau di hospital pesakit masih memakai wayar air, bacalah pada air mineral, ketika jururawat nak suntik ubat mintalah suntik sekali barang setitik air mineral yang telah didoakan tadi. Itu pun kalau pesakit tidak dapat minum dengan mulut.
    Bagi pelawat cukuplah dibaca sahaja tanpa hembus ke air, atau boleh membaca sambil memegang tangannya, dadanya, kepalanya.



    Sumber:
    1. Dr. Muḥammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwāb al-Farj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Kaherah: 2000.
    2. Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin. Doa & Rawatan Penyakit (1). Percetakan Watan, Kuala Lumpur: 1997


    No comments:

    Post a Comment