budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Tuesday, August 25, 2009

Akhlak mulia teras kekuatan ukhwah islamiah


Rasulullah Shollallhu 'alihi wassalam itu sangat cantik pekertinya. Tidak sekali berlaku kasar dan menyakiti hati para sahabatnya. Kerana baginda sedar kekuatan ummah ini sangat bergantung kepada kekuatan mahabbah dan ukhwah. Pekerti yang terpamer melahir ikatan yang amat teguh di hati Pekerti yang terpuji membuahkan hasil yang amat erat dikalangan umat Islam. Apabila diselurusi sirah perjuangan baginda, Rasullah terlebih dahulu mempersatukan kaum ansar dan khazraj menjadi kaum ansar. Kemudiannya mempersatu kaum muhajirin dan kaum ansar menjadi kaum umat yang satu. Iaitu umat Islam.

Jelas pertautan kasih sayang dan hati adalah elemen penting dalam ukhwah islamiah. Tanpa mahabah , sudah tentu tidak akan lahir buah-buah pengorbanan. Kita ini jemaah islamiah.. Jemaah yang memperjuangkan agama. Dan Pak Hamka ada berpesan " akhlak itu adalah buah dari agama". Seharusnya kita meneliti kembali sejauh mana kita menjaga dan mengutamakan sahabat seperjuangan.“Maka disebabkan rahmat dari Allah lah kamu berlaku lemah lembut terhadapmereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar , tentulah mereka akan menjauhikan diri daripada sekeliling mu, kerana itu maafkanlah mereka.mohonkanlah ampun bagi mereka , dan bermesyuarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad ,maka bbertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang bertawakalkepadanya”Ali-Imran :159 Jelas betapa pentingnya ikatan ukhwah ini. Jelas Allah SWT memerintahkan kita agar tidak keras lagi berhati kasar di dalam pengurusan. Semua ahli jemaah bekerja dan sama-sama berasa akan kesusahan. Sesungguhnya yang menjadi mengubat luka dan duka adalah daripada wajah manis sahabat, kata-kata yang menyejukkan dan mendorong.

Tergabungnya kita dalam kelompok jemaah ini adalah mengharapkan sesuatu. Sesuatu itu dinamakan (sakinah) ketenangan dan kemanisan jemaah. Ikatan ukhwah mahabbah fillah hanya akan terbina apabila akhlak yang mulia terpamer. Jesteru adalah kita ini digesa agar benar benar mengamalkan dan mentarbiyah diri dengan budaya ahklak yang mulia.“Allah SWT mempunyai bejana bumi ini iaitu HATI. HATI yang paling Allah kasihi ialah hati yang paling lembut,paling bersih dan paling cekal. Paling cekal dalam agama, paling bersih dalam keyakinannya dan paling lembut kepada saudaranya” -Saidina Ali KwjAdalah perlu kita sedari sejauh mana kejayaan kita sebagai manusia adalah bergantung kepada kejayaan kita membentuk akhlakyang mulia.Setinggi-tinggi pencapai yang kita kecapi akan gugur dan jatuh nilainya sekiranya tidak berpaksi berpasakkan kepada ketinggian akhlak dan budi. Dan tidak di lihat Allah SWT.“Sesugguhnya semulia-mulia kamu kamu di pandangan Allah ialah orang paling bertaqwa di kalangan kamu”Al-Hujurat :13Taqwa adalah pengukur akhlak yang paling tepat.Syeikh Abu A’la Al Maududi ada mengingatkan untukpara penadakwah mengenai budi pekerti Jemaah (Syakhiyyah Jama’iyyah)“Kita memerlukan kepada suatu jenis lain pula dari sifat-sifat dan akhlak di dalam kerja mengurus dan membina penghidupan jamaah kita.

Kita tak dapat lari dari sifat-sifat ini di dalam usaha kita memperkemaskan sistem penghidupan jemaah dan menguatkan keperluan jemaah serta meneruskan kemanfaatannya. Sifat-sifat itu adalah rasa saling cinta-mencintai antara satu sama lain, berhubung mesra, tolong menolong,nasiaht menasihati sesama sendiri dengan kebenaran dan kesabaran supaya mereka menyerahkan diri mereka disamping membawa orang lain untuk sama-sama ke jalan dakwah . Tidak ada satu jemaah pun di muka bumi ini boleh hidup tanpa mempunyai sifat-sifat ini.”Mendidik dan membudaya.Adakah akhlak atau kekuatan jiwa manusia seperti rasional ( akal), kekeuatan marah dan kekuatan Syahwat (nafsu ) boleh dikawal atau di lentur menjadi baik ?. Jawapannya boleh kerana akhlak atau disposisi kejiwaan seseorang tidak bersifat jumud atau beku dan statik.

Tetapi ia bersifat responsisf terhadap pendidikan, latihan dan disiplin. Imam Al Ghazali merumuskan bahwa fungsi utama agama Islam adalah untuk mereformasikan akhlak manusia.Tegas imam Al-Ghazali sedangkan binatang buas juga boleh di jinakkan hasildari latihan , inikan pula kita manusia yang sememangnya adalah makhluk akliah.Dari semangat ini adalah digariskan beberapa garisan akhlak yang perlu di beri perhatian oleh ahli jemaah.a) Akhlak antara manusia dengan ALLAH.b) Akhlak antara yang tua dan muda dan tua dengan yang muda.c) Akhlak antara adam dan hawa d) Akhlak dengan tetamu.Dalam konteks perhubungan di dalam organisasi dan individu pula setiap ahli jemaah hendaklah membiasakan atau membudayakan .a) Memulakan segala bentuk perhubungan dengan menghulurkan salam dan memberi salam. Serta senyuman atau bermanis muka. b) Memulakan segala bentuk arahan kerja dengan perkataan “minta tolong”.Termasuk SMS.c) Mengakhiri segala bentuk perhubungan atau arahan dengan ucapan terima kasih. Termasuk SMS.d) Cuba sedaya upaya membantu memudahkan kerja ahli jemaah yang. lain.Di samping itu hendaklah kita sedaya upaya memahami dan menghayatai apa yang di sarankan oleh Syeikh Abu A’la Al Maududi seperti yang di nyatakan diatas .“Kita memerlukan kepada suatu jenis lain pula dari sifat-sifat dan akhlak didalam kerja mengurus dan membina penghidupan jamaah kita…... Sifat-sifat itu adalah rasa saling cinta-mencintai antara satu sama lain, berhubung mesra, tolong menolong,nasiaht menasihati sesama sendiri dengan kebenaran dan kesabaran supaya mereka menyerahkan diri mereka disamping membawa orang lain untuk sama-sama ke jalan dakwah .AkhirSemoga apa yang kita buat ini adalah tidak hanyalah mengaharapkan keredhaan ALLAH SWT. Maka setiap ahli jemaah adalah berkewajipan untuk memenuhi budaya yang cuba di terapkan ini.Ibda` bi nafsih. Mulakan dengan diri sendiri.

Semoga apa yang di buat ini adalah mengharapkan ganjaran sedeqah yang berterusan iaitu penyebaran ilmu yg bermanafaat.Setiap ahli jemaah adalah perlu mengingatkan sahabat yang lain sekiranya ia lupa memenuhi kriteria di atas .Moga-moga ia menjadi sebuah pohon yang rendang .Yang buahnya manis.Tegak rumah kerana sendi.Runtuh sendi rumah binasa,Tegak bangsa kerana budi,Hilang budi hilanghlah bangsa.Bunga melati bunga didarat,Bunga seroja ditepi kali,Hina besi kerana karat,Hina manusia tidak berbudi..Pena_syurga

No comments:

Post a Comment