budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Showing posts with label tinta nasihat. Show all posts
Showing posts with label tinta nasihat. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

salam.. FEVER !!!!

assalamu'alaikum,, alhamdulillah hari ni dah baik sedikit demam.. syukur ke hadrat Allah.. ujian yang Allah berikan ini adalah tarbiyyah untuk manusia.. demam ni,, ada kajian yang mngatakan ianya adalah untuk menunjukkan bahawa imunisasi kita berfungsi.. untuk hari ini, ingin saya kongsikan mngenai demam. Dalam kita menghadapi demam , sejak 1400 tahun dahulu Junjungan Besar Nabi Muhammad yang dicintai telah menunjukkan garis panduan mengenai DEMAM .. ianya seperti berikut : 

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.   

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.  

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah .
    Bersyukurlah kepada sesiapa yang mnghidapi demam,  ini kerana demam juga adalah salah satu kafarah dan tanda rahmat daripada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. seperti telah dirakamkan di dalam hadis :

    Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

    Segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
    Demam Penebus Dosa. Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati. Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

    kita boleh cuba amalkan seperti  doa2 ini : 

    Doa Demam Panas


    بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ الناَّرِ

    Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

    Doa ini elok dibaca ketika menziarahi orang sakit demam panas atau berkaitan kepanasan seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.


    اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ العظيمِ، فَلاَ تَصْدَعِي الرَّأْسَ، ولا نُتْتِنِيْ الْفَمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ

    Maksudnya: Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

    Dua doa ini seeloknya dibaca sendiri kaum keluarga yang menjaga orang sakit. Tidak perlulah upah orang lain baca doa sependek ini. Kalau di hospital pesakit masih memakai wayar air, bacalah pada air mineral, ketika jururawat nak suntik ubat mintalah suntik sekali barang setitik air mineral yang telah didoakan tadi. Itu pun kalau pesakit tidak dapat minum dengan mulut.
    Bagi pelawat cukuplah dibaca sahaja tanpa hembus ke air, atau boleh membaca sambil memegang tangannya, dadanya, kepalanya.



    Sumber:
    1. Dr. Muḥammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwāb al-Farj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Kaherah: 2000.
    2. Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin. Doa & Rawatan Penyakit (1). Percetakan Watan, Kuala Lumpur: 1997


    Tuesday, March 29, 2011

    Salam.. Dialah sahabat.

    Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

    1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
    2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
    3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
    4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
    5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
    6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
    7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
    8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
    9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.
    10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
    11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
    12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

    Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati ,  sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.

    Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut  tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

    Sahabatku ,  sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu.Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu.Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

    Saat bermusafir , kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar.Dengan hadiah ini , kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH.Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan.Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali.Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH.Sujudmu lama.Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa.Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

    Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal.Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan.Diakhiri sujud itu dengan zikir.Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia.Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan.Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis.Zikir itulah cuciannya.Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati.Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih , bersih dan kembali cemerlang.



    Wednesday, May 5, 2010

    salam.. lelaki dayus.. krgn ustz zaharuddin


    BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
    Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
    1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
    2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
    3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
    4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
    5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
    6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
    7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
    8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
    9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
    10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
    11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
    12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
    13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
    14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
    Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.

    Tuesday, April 20, 2010

    salam... sajak imam Bukhari

    Di kala malam yang sunyi sepi
    Ba
    ni insan tengah tenggelam
    dalam tidur dan mimpi
    musafir yang malang ini
    tersentak bang
    un pergi membasuh diri
    untuk datang mengha
    dap-Mu tuhan
    Lemah lututku berdiri
    di hadapan-Mu
    sedu sedan tangisku keharuan
    hamba yang lemah serta hina ini
    Engkau terima jua mendekat
    bersimpuh di bawah Duli Kebesaran-Mu



    Tuhan

    Hamba tidak pasti
    bagaimana penerimaan-Mu
    di kala mendengar pengaduan hamba
    yang penuh dosa dan noda ini

    Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan

    Engkau berjanji
    untuk sedia menerima pengaduan
    dan sudi memberi keampunan

    Dan Muhammad Rasul-Mu

    yang mulia itu ada nyatakan:
    Ampunan-Mu Tuhan lebih besar
    dari kesalahan insan
    hamba percaya pada tutur kepastian itu
    sebab itu hamba datang wahai Tuhan
    bukan tidak redha dengan ujian
    cuma hendak mengadu pada-Mu
    tempat hamba kembali nanti
    memohon sakinah, maghfirah dan mutmainnah..

    Saturday, April 17, 2010

    salam.. makan kerana Allah...


    Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.. Asslamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. ucapan kesyukuran kehadrat ilahi yang Maha Bijaksana dan Maha Pemberi,, serta ucapan selawat dan salam keatas junjungn Nabi kita Nabi Muhammad shollallahu 'alaihissalam..

    Kadang2 kita lupa,, kita makan pun adalah di kira ibadah, jika kita makan kerana Allah bukannya kerna nafsu. Setiap perkara HARUS yang kita lakukan berpaksikan kerana Allah, ianya di kira sebagai ibadat.. Dalam seharian sudah berapa banyak ibadah yang boleh di
    lakukan jika melakukan kerana Allah Ta'ala.. kita banyak mensia2kan peluang yang diberikan kepada kita.. Allah menjadikan manusia untuk beribadah kepada Allah.. Kadang2 kita susah hendak mengawal permakanan kita, Islam menuntut kita mencari makanan Halalan Thoiyiban...

    Friday, April 16, 2010

    salam.." saiyidul ayyam"...

    Assalmu'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu wamghfiratuhu waridhwanuh..... Kita hndaklah sentiasa bersyukur kepada Allah yang menghidupkan dan mematikan kita,, Yang Maha Besar dan Penguasa alam ini.. alhamdulillah..
    Hari ini hari jumaat.. penghulu sgala hari.. adakah kita sdh merasakn apa y kita lalui hr ini sdh ckup baik ??? berselawat...tidak..!.. bersedekah... tidak..!.. mmbaca alquran.... tidak jga.. solat bjmaah 5 waktu... tidak... solat2 sunat .... pun tidak jgak.. bagaimana itu.....!!!!!!!!!!!TIDAK>>TIDAK>>TIDAK>> ,, apa yang bila di tanya.. kita katakn "YA"
    Tepuk dada... bukan ty selera, tp tepuk dada,, gosok2 n urut2 balik,, sbb apa,, Sbb terlampau sakit akibat ketidakkan kita.. apa yang sakit????? SEGUMPAL DARAH BERNAMA HATI...... jika sudah tidak terlalu mampu untuk mlakukan pkara sunnat,, jagalah dgn teliti akan perkara2 WAJIB..... WALLAHUA'LAM