budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Showing posts with label harakiyah. Show all posts
Showing posts with label harakiyah. Show all posts

Sunday, October 30, 2011

salam.. Misi Gerakan Islam bhg. 1

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian, sudah sekian lama tak berkongsi ilmu di sini.. Moga perkongsian ini bermanfaat. In sya Allah.. 

Misi gerakan Islam adalah membangunkan kehidupan berdasarkan kehendak Allah swt.

  • Ia berputar sepanjang zaman mengajak manusia menerapkan syariat dalam kehidupan sebagai individu, masyarakat dan warga negara.
  • Ia terus meluru laju untuk memikul misi membimbing umat manusia seluruhnya menuju sistem Islam beserta ajaran-ajarannya.

Dalam perspektif seperti ini, dakwah sebenarnya merupakan suatu tugas peradaban. Oleh kerana itu, sejak dari mula, para pemikul dakwah mesti menyedari panjangnya jalan yang mesti ditempuh dan banyaknya tenaga yang mesti dikerahkan.


Mereka bahkan mesti bersedia untuk mengorbankan jiwa, harta dan segala apa yang dimilikinya berupa waktu, tenaga, kesihatan, ilmu dan lain-lainnya semata-mata untuk mencari keridhaan Allah swt.

TAHAPAN DAN URUTAN AMAL

Untuk merealisasikan tujuan yang mulia itu, sebuah gerakan dakwah mesti melakukan tahapan-tahapan amal, kerana salah satu ciri dakwah adalah ‘At-tadarruj fi al-khutuwaat’  (bertahap dalam langkah dan perancangan).
Tahapan-tahapan amal yang mesti dilakukan adalah seperti berikut :

  1. Tahapan seruan (di’ayah), pengenalan (ta’rif) dan penyebaran fikrah (nasyr al-fikrah) kepada masyarakat.
  2. Tahapan pembinaan (takwin) dan pemilihan pendukung (takhyir al-anshar), penyediaan pasukan / perajurit  (I’dad al-junud) dan mobilisasi barisan (ta’biah ash-shufuf) dari kalangan mad’u.
  3. Tahapan aplikasi (tanfidz), kerja (amal) dan pengeluaran hasil (intaj).

Sedangkan ‘maratibul amal’ (urutan amal) nya adalah :

  1. Perbaikan individu ( Ishlah al-fard )
  2. Perbaikan rumah tangga ( Ishlahul al-bait )
  3. Perbaikan masyarakat ( Ishlah al-mujtama’ )
  4. Pembebasan negeri ( Tahrir al-wathan )
  5. Perbaikan pemerintahan ( Ishlah al-hukumah )
  6. Penyiapan pembinaan khilafah ( Bina’ al-khilafah )
  7. Pelopor dunia ( Ustadziah al-alam )

Tiga tingkatan pertama merupakan kewajiban individu-individu muslim secara umum, juga menjadi kewajiban gerakan dakwah sedangkan empat tingkatan yang terakhir merupakan tugas yang mesti dipikul oleh gerakan dakwah sebagai sebuah ‘tanzim’ dakwah yang aktif.

Saturday, June 4, 2011

salam.. Beberapa Pesanan Khusus Mengenai Dakwah Fardiah.

assalamu'alaikum.. beberapa perkara yang telah disentuh dalam Usrah kali ini. contohnya..
_____________________________________________________
 Beberapa Pesanan Khusus Mengenai Dakwah Fardiah.

1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian,
mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.

2. Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduandan tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan dengannya.

3. Usaha dakwah mereke boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.

4. Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benarbenar dilaksanakan kepada mad’u satu-persatu secara tertib di atas, kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa yang disampaikan. Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai hubungan dan kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh; Apabila kita mengajak mad’u menyertai jemaah sedangkan dia tidak menerima tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh jemaah, maka dia tidak akan memenuhi ajakan tersebut.

5. Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan.

6. Perbincangan dengan pelaksanan dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktor-faktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalahuntuk memudahkan tugas daie ketika  berhadapan dengan mad’u.

7. Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua
tuntutannya, usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran
(syubhat) terhadap amal Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya juga mesti dilakukan. Ini dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di dalam dirinya dapat dikikis.

8. Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang menyahut seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya besar yang menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub yang memberikan galakan dan amaran banyak memberikan kesan kepada apa yang disampaikan oleh daie.

9. Para daie mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati sesame meraka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana merancang dan memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini.

10. Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalahmajalah. Ya Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran untuk dijelaskan.

11. Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan tugas dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut, dijelaskan cara dan diikuti perkembangannya.

12. Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan, kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.

13. Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan keadaan, berbeza dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi tekanan dan rintangan.

14. Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan dengan mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti  ceramah dan majlis ilmu kerana ia tidak melahirkan hubungan mesra secara langsung antara daie dan mad’u.

15. Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan dakwah secara praktikal; dakwah yang merupakan kewajiban yang paling utama.

16. Dakwah fardiah membekalkan daie dengan hasil dan bekalan yang akan membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya.

17. Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta penjelasan terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan dan kesamaran di dalam dirinya. Ini akan  menyempurnakan pembentukan peribadinya.

18. Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah ini mampu mencapai angka yang berlipat ganda di dalam waktu yang singkat. 

 --------------------------------------------------------------------------

In sya Allah.. akan datang , kita akan membicarakan mengenai 7 marhalah dakwah fardiyah.. in sya Allah.. andai ada kemampuan , kita huraikan sama-sama ... bertemu dalam next Usrah ya.. 

Saturday, May 28, 2011

salam.. Syahid dan Istisyhadiah

Allah berfirman dalam surah at Taubah ayat 111 bermaksud:

إِنَّ اللهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.

Allah telah menyebut dan menyatakan dalam al Quran perihal jihad sebagai satu jual beli yang punyai pengertian yang sangat mendalam. Juga telah disebut di dalam kitab-kitab sebelum daripada al Quran sama ada at Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s ataupun al Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s. Semuanya menyeru kepada satu bentuk jual beli yang dinamakan jihad menggunakan harta atau nyawa. Allah akan membeli kedua-duanya dengan harga yang sangat mahal iaitu syurga.



SYAHID DAN ISTISYHADIAH

Sebab dinamakan syahid

Sebelum kita melihat pengertian syahid maka eloklah kita mengetahui punca dinamakan syahid. Dalam hal ini Ibnu Hajar telah menyebut sebanyak empat belas pendapat manakala Imam Nawawi menyatakan sebanyak tujuh pendapat.

Al Anbari mengatakan dinamakan syahid kerana Allah dan malaikatNya menjadi saksi kemasukannya ke dalam syurga. Dikatakan juga kerana seseorang syahid itu hidup dan seolah-olah ruhnya menyaksikan. Ada juga pendapat lain yang mengatakan sebabnya ialah tiada yang menyaksikan saat kematiannya melainkan malaikat Rahmat dan banyak lagi pendapat-pendapat lain.

Namun, yang dikehendaki dengan syahid di sini ialah yang terbunuh fi sabilillah, kerana para syuhada’ itu pelbagai jenis sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam Sohih Bukhari:

 
الشهداء خمسة ؛ المطعون والمبطون والغرق وصاحب الهدم, والشهيد فى سبيل الله


Pengertian Syahid

Syahid berasal daripada kalimah (شهد ) bermaksud orang yang terbunuh atau dibunuh fi sabilillah (dijalan Allah). Dikatakan seseorang itu mati syahid. Kata jama’nya ialah syuhada’. Mazhab yang empat juga telah menta’rifkan pengertian syahid ini berdasarkan hujjah masing-masing, tetapi semuanya sepakat dalam menyifatkan seseorang yang dibunuh atau mati fi sabilillah.

Manakala istisyhadiah pula ialah perihal meminta syahid dengan mendedahkan dirinya untuk dibunuh atau terbunuh fi sabilillah. Kaedah Bahasa Arab menyatakan, sesuatu kalimah yang ditambah dengan huruf sin membawa maksud permintaan dan kehendak.

Oleh itu, timbul perdebatan yang hangat di kalangan para ulama’ dan ilmuan Islam tentang perkara ini khususnya yang berlaku di kalangan rakyat Palestin yang telah meletupkan tubuh badan mereka di tengah-tengah Yahudi. Sebahagian mereka mengatakan ia adalah istisyhadiah dan sebahagian yang lain pula mengatakan ia adalah intihariah (bunuh diri). Pendapat yang kedua diperkuatkan dengan firman Allah yang berbunyi:

وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللهِ وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.

Oleh hal demikian, kita ingin melihat dengan ilmiah dalam menilai perkara ini berdasarkan sumber Ilahi bukannya mengikut hawa nafsu dan kedangkalan hati.



HUKUM DAN SYARAT

Daripada perbincangan dan pengertian di atas dapatlah kita faham bahawa wujudnya perbezaan di antara istisyhadiah dan intihariah (bunuh diri). Oleh itu kita akan simpulkan kepada beberapa noktah penting untuk kita menghukum sesuatu perbuatan itu termasuk dalam kategori intihariah atau pun jihad iaitu istisyhadiah sebagaimana berikut:



Perkara pertama:

a) Islam menegah seseorang bercita-cita untuk mati dengan sebab keduniaan daripada kesusahan dan kecelakaan, namun Islam menggesa umatnya supaya berazam untuk mati syahid di jalan Allah sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w dalam Sohih Muslim yang berbunyi:

من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه

b) Tidak boleh bagi seorang manusia mendedahkan dirinya kepada kebinasaan dengan sebab-sebab keduniaan seperti membenarkan orang lain membunuhnya, bahkan Imam al Qurtubi dalam tafsirnya mengkategorikan ia sebagai bunuh diri, kecuali jihad melawan musuh-musuh agama Islam. Walaupun ia juga mendedahkan diri kepada kebinasaan tetapi ia merupakan suruhan Allah dan RasulNya.


Perkara kedua:

Perbuatan yang mendedahkan diri kepada kehancuran untuk menakutkan dan menyerang musuh dengan niat untuk meninggikan kalimatullah tidak dianggap sebagai bunuh diri mengikut kebanyakan ulama’ empat mazhab. Para ulama’ sebelum ini hanya membincangkan tasabbub sahaja dan meninggalkan zat dalam perkara pembunuhan serta meyerang musuh, namun pada hari ini zat diri manusia itu sendiri sudah perlu untuk dijadikan senjata pula bagi mencapai maksud menakutkan dan menyerang musuh.



ISTISYHADIAH SEPANJANG SEJARAH

Pertama: Kisah Ashab al Ukhdud

Firman Allah taala dalam surah al Buruj ayat keempat hingga kesembilan menceritakan satu kisah yang berlaku sebelum kebangkitan nabi Muhammad s.a.w. Ia juga telah tafsirkan berdasarkan hadith Rasulullah s.a.w yang agak panjang dalam kitab Riyadh as Solihin karangan Imam Nawawi riwayat Suhaib yang dikeluarkan oleh Imam Muslim. Kisah ini masyhur dengan nama Ashab al Ukhdud (parit).

Seorang ghulam yang telah menyebabkan kemasukan masyarakat pada zaman itu ke dalam agama Islam secara beramai-ramai setelah dihukum mati oleh raja. Hukuman yang dijatuhkan gagal mematikan ghulam ini melainkan dengan menyebut nama tuhan ghulam tersebut. Ia telah disaksikan oleh rakyat jelata dan mereka semua telah memeluk Islam. Lalu digali parit dan dinyalakan api dengan maraknya bagi dimasukkan sesiapa sahaja yang masih beriman dan enggan kembali kepada ajaran lama mereka. Seorang demi seorang terjun dan masuk ke dalam parit api tersebut sehinggalh giliran seorang ibu bersama anaknya yang masih kecil. Timbul ragu-ragu dihati ibu ini dan dengan takdir Allah bayi itu berkata: wahai ibuku, ibu bersama orang-orang yang benar. Lalu terjunlah ibu bersama bayinya ke dalam api.

Jadi persoalannya sekarang adakah yang berlaku kepada orang yang beriman bahkan ibu bersama bayinya yang terjun ke dalam api tersebut dikira bunuh diri?


Kedua: Peristiwa peperangan Badar

Rasulullah s.a.w bersabda ketika perang Badar yang berlaku pada hari Jumaat, 17 Ramadhan tahun kedua hijrah :

والذى نفس محمد بيده فإنه لا يقاتل اليوم رجل مقبل غير مدبر إلا أن يدخله الله الجنة

Maksudnya : Dan demi diri Muhammad yang berada di tangannya, tiadalah seorang lelaki yang berperang pada hari ini mara tanpa berundur melainkan Allah akan memasukkannya ke dalam syurga.

Apabila seorang sahabat yang sedang makan buah kurma mendengar hadith ini, dia pun berkata maksudnya : tak ada yang menghalang aku daripada masuk syurga melainkan buah kurma yang masih ada ditanganku. Lantas dia mengambil senjata dan masuk ke dalam kumpulan musuh seorang diri sahaja dan akhirnya dia telah dibunuh.

Peristiwa ini berlaku di hadapan Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang lain tanpa ada seorang pun yang mengingkarinya. Ini menunjukkan perbuatan sahabat tersebut bukanlah perbuatan membunuh diri bahkan istisyhadiah yang Allah akan mengganjarinya dengan syurga kelak.


Ketiga: Khalifah Abu Bakar memerangi murtad

Khalid al Walid (pedang Allah dan RasulNya) yang ditugaskan mengepalai tentera Islam pada waktu itu untuk memerangi golongan murtad telah mengarahkan supaya membuat kepungan dan sekatan makanan. Golongan ini dipimpin oleh Musailamah al Kazzab dengan bantuan Sijah berada dalam sebuah kota.

Muncul seorang pemuda bernama Thabit bin Qis bin Syamas membuat tawaran kepada Khalid bin al Walid untuk dipergunakan dirinya dalam peperangan tersebut. Mengikut sejarah, pemuda ini pernah menderakan dirinya dengan mengurung diri dalam rumah kerana telah meninggikan suaranya di hadapan Rasulullah s.a.w. Dia menganggap dirinya akan masuk neraka selepas turunnya ayat dalam surah al Hujurat ayat kedua. Lalu Rasulullah pun memanggil pemuda ini dan bersabda:

 
أ ما ترضى أن تعيش حميدا وتقتل شهيدا وتدخل الجنة وأنت من أهل الجنة

Maksudnya: Apakah kamu tidak redha hidup dalam keadaan baik, dan mati dalam keadaan syahid dan kamu akan masuk syurga dan kamu adalah ahli syurga.

Selepas itu dia sentiasa berulang-alik ke masjid menunaikan ibadah. Dan dalam memerangi golongan murtad ini dia telah membuktikan kata-kata Rasulullah dengan mengorbankan dirinya untuk Islam lalu berkata kepada Khalid membuat tawaran: letakkan diri saya dalam minjanik (alat untuk membidas dan melontar), untuk saya buka pintu kota dari dalam, lontarkan diri saya dan saya akan mengamuk di dalam kota sehingga saya buka pintu kota. Dalam kejadian ini, Thabit mengalami cedera parah dan telah dibunuh mati syahid. Dia juga sempat membuka pintu kota sehingga tentera Islam berjaya masuk ke dalam kota dan Musailamah telah dapat ditawan dan dibunuh. Jadi adakah boleh kita katakan perbuatan Thabit ini sebagai bunuh diri?


Keempat: Khalifah Umar berhadapan dengan Rom

Saidina Umar ketika menjadi khalifah telah melantik Abu Ubaidah ‘Amir bin Jarah (aminul ummah) sebagai panglima perang yang baru menggantikan Khalid bin al Walid. Tentera Islam akan berhadapan dengan tentera Rom yang ramai jumlahnya iaitu di antara 400 hingga 500 ribu orang.

Apabila pasukan hadapan tentera Islam yang disusun oleh Khalid al Walid pecah dan kucar kacir, Ikrimah Abu Jahal (telah masuk Islam) telah melemparkan perisai dan sarung pedang yang ada di tangannya. Lalu ditegur oleh Khalid al Walid: bukan begitu wahai Ikrimah!. Ikrimah pun berkata: jangan larang aku! Siapa yang sanggup mati bersama aku? Lebih kurang 400 tentera Islam telah memegang tangan Ikrimah untuk berbai’ah. Lalu mereka pun mara ke hadapan masuk ke tengah-tengah musuh. Melihat keadaan ini, tentera Rom menjadi gerun dan takut lalu mereka berundur dengan sebab 400 orang ini. Ikrimah dan 400 tentera Islam yang lain telah terkorban dan mati syahid dalam peristiwa tersebut.

Persoalan juga timbul di sini, adakah perbuatan Ikrimah dan tentera Islam yang berbai’ah dengannya dianggap bunuh diri?


Kelima: Pembukaan Kostantinopal

Setelah Bizantin jatuh ke tangan umat Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab, Kostantinopal (sekarang Istanbul) telah dijadikan pusat Rom timur yang baru. Khalifah Uthman telah menubuhkan tentera laut pada zamannya dan mengarahkan tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ayyub al Ansari untuk membuka Kostantinopal. Ini kerana percaya kepada sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير هو الأمير ولنعم الجيش ذلك الجيش

Maksudnya: akan dibuka Kostantinopal, sebaik-baik raja adalah raja pada waktu itu dan sebaik-baik tentera ialah tentera tersebut.

Menurut riwayat daripada Tirmizi dalam peperangan ini ada seorang tentera yang yang berada di tengah-tengah musuh seorang diri berlawan dengan mereka. Tentera Islam yang lain pun mengatakan : maha suci Allah, dia telah mencampakkan dirinya kepada kebinasaan!. Ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi:

 
وَلاَ تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
 
Mendengar kata-kata ini Abu Ayyub al Ansari pun bangun dan berkata maksudnya: wahai manusia, kamu telah menta’wilkan ayat ini sedangkan ayat ini diturunkan kepada kami golongan ansar, apabila Allah telah memuliakan Islam dan ramai pendokongnya maka berkata umat Islam sesama mereka: harta benda kita telah hilang dan Allah sekarang telah memuliakan Islam serta ramai yang mendokongnya, jadi kalau kita tidak menjaga dan menyimpan harta kita nescaya akan hilanglah sekali lagi. Maka turunlah ayat ini kepada Rasulullah s.a.w sebagai menjawab perbualan sahabat tadi. Jadi maksud kebinasaan yang sebenar di dalam ayat ini ialah sibuk menjaga harta dan meninggalkan peperangan.

Abu Ayyub sendiri sentiasa berada dalam medan peperangan fi sabilillah sehingga dia dikebumikan di Kostantinopal. Jadi dapatlah kita nyatakan perbuatan seorang sahabat tadi yang masuk ke tengah-tengah musuh seorang diri bukanlah perbuatan membunuh diri sebagaimana yang disalahtafsirkan.


PENDAPAT DAN FATWA ULAMA’

Dalam merujuk pandangan dan fatwa para ulama’ berkaitan perbincangan ini, kita dapati terdapat pelabagai persepsi yang memerlukan huraian yang lebih panjang terutamanya syarat-syarat yang diletakkan oleh mereka. Hal ini demikian berikutan keanjalan hukum feqah itu sendiri yang berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain dan dari seseorang dengan seseorang yan lain yang melambangkan kesesuaian hukum Islam di semua tempat dan zaman.

Oleh itu, kita hanya mengambil beberapa tokoh ulama’ yang terkenal sahaja sebagai asas dan bahan rujukan kita di sini. Menurut Dr Wahbah Zuhaili yang merupakan Ketua Jabatan Feqah dan Usulnya di Fakulti Syariah Universiti Damsyiq bahawa ia merupakan satu keharusan dengan izin Allah kerana perbuatan seumpama ini menjadi satu keperluan syara’ pada hari ini.

Manakala Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthi Ketua Jabatan Aqidah dan Adyan Fakulti Syariah Universiti Damsyiq pula mengatakan bahawa kerja ini dibenarkan dalam Islam seratus peratus dengan syarat berniat untuk mengahapuskan musuh.

Dr Yusof al Qorodhowi menyebut kerja ini dikira sebagai sebesar-besar jihad di jalan Allah dan ia merupakan perbuatan menakutkan musuh yang dijelaskan dalam al Quran. Manakala Syeikhul Azhar Dr Muhammad Said Tantawi pula (selepas merujuk fatwa yang lama) mengatakan bahawa jangan kita kata kepada seseorang yang meletupkan dirinya adalah bunuh diri tetapi dia adalah syahid kerana telah meyerahkan jiwa raganya di jalan Allah.


PENUTUP

Kesimpulannya dapatlah kita nyatakan bahawa konsep istisyhadiah perlu kita fahami dengan sedalamnya kerana ia bukan suatu perkara yang baru dalam Islam tetapi telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam terdahulu. Kekeliruan kita dalam memahami perkara ini akan menyebabkan kesilapan dalam menilai dan kecelaruan dalam memberikan kenyataan.