budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

salam.. hayati kisah anak.

assalamu'alaikum.. herm.. bila ya ajal kita?? kita pon tak tahu.. entah besok, entah tahun depan, hanya Allah Maha Mengetahui... barang Siapa yang senantiasa yang menantikan ajal nya dengan penuh kesediaan mengadap Allah.. berbahagialah dia..beruntungkan dia... :-)  namun, adakah kita sudah sedia menghadapi semua ini.. AKU????!!!!!!!.. :-(  tak tahu lah nak jawab..  bagaimana ya dengan iman ku ini.. Ya Allah.. bantulah hambaMU ini ya Allah.. Jom kita bersama-sama mengamalkan doa yang Rasulullah Shollallahu 'alaihi wassalam  kerap kali membacanya, dan sahabat utama Baginda turut mengamalkannya iaitu saiyidina Umar .. " Ya Allah.. Allahumma ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana 'ala dinik,. "Ya Allah, Tuhan yang membolak balikkan hati - hati, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMU."   


Di bawah ini terdapat suatu kisah , kata-kata di atas tidaklah ada kena mengena sangat pun, cuma tergerak dihati untuk dikongsi bersama-sama.. JOM.. kita membacanya.. jangan lupa pegang tisu ya bagi yang sensitif.. :-)
KiSaH seDih:KisAh SeoRanG aNaK 

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?

Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.

Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.

Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.

Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.

Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.

Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.

Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!

Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.

Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.

Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.

Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”

Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.

Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.

Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.

Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.

Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.

Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.

Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.

Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.

Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.

Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.

Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!

Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.

Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.

Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.

Aku hilang sabar.

Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.

Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.

Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”

Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”

Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.

Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.

Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.

“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.

Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.

Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.

Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.

Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?

Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki. 

_______________________________________________________

Thursday, May 5, 2011

salam.. logika Kewujudan Allah

assalamu'alaikum, dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Masih wujudnya manusia yang sering mempertikaikan tentang kewujudan Allah.. namun seandainya kita dituju akan persoalan ini, adakah kita mampu menjawabnya.. Tidak kisah la menggunakan dalil aqli mahupun naqli.. herm.. jika kita ada ilmu , in sya Allah kita ada kemampuan untuk menerangkannya.. namun, di sini saya sertakan contoh peristiwa yang mana terdapat perbincangan serta perdebatan  di antara seorang ulama dan pemuda nasrani . Jawapan yang diberikan menggunakan logika akal.. moga dapat manfaat dari kisah tersebut.. in sya Allah.. 


 APAKAH BENAR ALLAH ITU WUJUD??? 

Di pinggir sebuah bandar, seorang lelaki berbadan tegap merenung tajam lelaki tua yang berada di depannya.

"Wahai ulama. Katakan kepadaku, apakah benar Allah itu wujud?"

Dengan tenang, lelaki tua membuka bicara.

"Anak muda, lihat pokok itu. Dari mana asal pokok itu?"


"Mestilah dari benihnya."


"Jika begitu, lihat pula dirimu. Dari mana asal dirimu?"


"Aku berasal dari ibubapa ku. Mereka melahirkan aku."


"Maka, kau bersetuju jika aku katakan bahawa setiap yang ada di dunia ini ada asal-usulnya, ada penciptanya?"


"Ya. Aku setuju. Aku setuju bahawa setiap yang ada didunia punyai asal-usulnya dan penciptanya. Tapi, aku nyata masih ragu-ragu. Jika benar Allah itu wujud, mengapa kita tidak mampu melihat-Nya?"


'Wahai anak muda, apa pegangan agamamu?"


"Aku seorang Nasrani. Aku yakin Isa itu anak Allah kerana dia boleh dilihat dan dia pernah wujud".


"Anak muda, aku mahu bertanya. Adakah kamu setuju bahawa anak ayam akan menyerupai ibunya? Adakah kamu percaya, anak kambing akan menyerupai ibunya?"


"Pasti."


"Lalu, bagaimana kamu boleh katakan Isa itu anak Tuhan, sedangkan Tuhan tidak mati dan Isa pula mati."


"Jangan kamu cuba memutar belit. Kamu belum menjawap persoalanku lagi. Kamu orang islam, tak nampak Allah, tapi bagaimana kamu percaya ia wujud?".


"Anakku. Bagaimana jika aku katakan bahawa bukan semua perkara boleh kita lihat, tapi kita tahu ia wujud. Lihat dirimu, apa kau mampu melihat otak yang berada dalam kepalamu? Apa kau mampu melihat jantung yang berada dalam badanmu? Bagaimana pula dengan udara. Apa kau mampu melihat udara? Tidak. Tapi kau tahu ia wujud. Allah juga begitu. Kita tak mampu melihat Allah, kerana itu kehendak-Nya. Allah tidak sama seperti makhluk. Jika kita mampu melihatnya, itu tanda bahawa kita hebat. Maka, Allah sengaja menyembunyikan wajah-Nya, supaya kita merasakan bahawa Dia hebat. Dia Berkuasa. Bahkan, Dia mampu berbuat apa saja. Seperkara, Allah itu tidak boleh dilihat di dunia kerana Dia hanya boleh dilihat oleh ahli syurga sahaja. Maka anak muda, jawab pertanyaanku tadi. Allah tidak mati, jadi mengapa Isa yang kau kata anak Tuhan boleh mati? "


"Jika begitu, khabarkan kepadaku siapa ayah isa?"


"Penciptaan Isa itu sesungguhnya sama seperti penciptaan Adam. Manusia pertama di bumi. Allah Maha Kuasa. Dia mampu menjadi segala sesuata dengan kehendaknya. Maka, kerana itu Dia jadikan Isa, tanpa bapa."


"Baiklah wahai ulama. Aku berpuas hati dengan jawapanmu. Tapi aku cuma ada satu persoalan sahaja lagi. Apa bukti Allah wujud?"


"Buktinya ialah dirimu."


"maksudmu?"


"Jika Allah tiada, maka siapa yang menciptakan bumi ini?"


"Ia terjadi sendiri"


"Tadi kau setuju bahawa setiap yang wujud atas bumi ini ada penciptanya bukan? Maka, mustahil bumi ini boleh wujud dengan sendiri"


"Mengapa mustahil?"


"Kerana jika sesuatu itu boleh wujud dengan sendiri, pasti kau akan melihat bahawa manusia pasti tidak mampu membina rumah kerana setiap kali mereka menebang pokok, pokok itu akan tumbuh kembali. Kamu juga pasti tidak akan mampu makan, kerana setiap kali kamu menyembelih bianatang, pasti binatang itu akan kembali hidup kembali, tidak mati-mati. Kamu juga pasti tidak mampu untuk berjalan kemari untuk bertemu denganku, kerana sekali kau melangkah, kamu pasti akan terjatuh kerana permukaan bumi yang sentiasa boleh berubah-ubah sesuka hati. Kamu juga akan dapati bahawa ada hari yang ada siang, dan ada hari yang ada malam. Siang dan malam boleh berlaku, dan boleh tidak berlaku. Sesukahati. Kamu juga akan mendapati bahawa hujan boleh turun selama 1 tahun tanpa henti. Semua bolah berlaku jika kamu kata alam ini tiada kuasa yang mengawal. Tapi, segala yang berada atas muka bumi ini sangat teratur. Sempurna. Bukankah ini tanda bahawa ada satu kuasa yang mencipta, mengurus dan mentadbir alam ini?"


"Ya. Tidak dinafikan. Tuhan lah yang mentadbir alam ini"


"Jadi pada perkiraanmu, adakah tuhan itu mati atau Tuhan Yang Maha Hidup?"


Senyap..


"Bagaimana, adakah Tuhan yang mati menguruskan alam ini, atau Tuhan yang Maha Berkuasa?", ulama itu mengulangi pertanyaan. Raut wajahnya tetap tenang kerana dia pasti bahawa pemuda itu sudah faham.


Lalu, dengan perlahan pemuda itu menjawab, "Tuhan yang tidak mati"


Lalu dia bangkit, "Ketahuilah wahai ulama. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah".

_____________

Setiap orang islam percaya bahawa Allah itu wujud. Tapi seringkali, 'kewujudan Allah' hanya ada pada akal kita. Tidak pada hati. Hati kita masih tidak merasakan kewujudan Allah. Kerana itu, kita masih bergelumang dengan maksiat, seolah-olah kita tidak diperhatikan. Seolah-olah kita tidak akan di hisab, dan seolah-olah kita tidak akan diberikan balasan.

Muhasabah diri...
Kita ini sama seperti orang yang baru convert kepada islam. Kita banyak tahu, tapi sedikit sekali kita faham. Kita tahu itu haram, ini dosa. Tapi kita masih tetap melakukannya. Kerana apa? Kerana kita masih tidak dapat merasakan bahawa Allah itu wujud dalam hati kita. Hanya akal yang mengiyakan, tapi hati seolah-olah menafikan.

Bagaimana jika kita mati tanpa Allah ada dalam hati?
Nauzubillah..

Ya Allah, berilah kami kekuatan untuk mengingati-Mu, untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk beribadah kepada-Mu dengan baik.

Monday, April 11, 2011

salam.. Layakkah Kita Bergelar Saudara ?

Assalamu'alaikum, apa khabar hari ni saudara-saudaraku sekalian?? hermm.. tapi kan..  siapa saudara aku sebenarnya nih?? adik-beradik aku saja ka?? atau bangsa aku saja?? orang melayu ja ka?? atau yang dok kat malaysia ja?? hermm.. abes tuh orang lain camana pulak?? nak kata sebab keturunan darah, yang lain pon keturunan sama dengan aku, keturunan Nabi Adam 'alaihissalam.. 

Sebenarnya semua orang-orang beriman itu adalah bersaudara, begitu banyak dalil yang boleh diketengahkan untuk menguatkan erti persaudaraan.. 


Firman Allah SWT: “Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (QS. Al-Hujurat: 10)
 
"Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan mempergunakan nama-namaNya, kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi." (QS. An Nisa: 1)

“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).


Dari Abdullah bin Abi Aufa ra. berkata, ketika sore hari pada hari Arafah, pada waktu kami duduk mengelilingi Rasulullah saw, tiba-tiba beliau bersabda, "Jika di majelis ini ada orang yang memutuskan silaturahmi, silahkan berdiri, jangan duduk bersama kami." Dan ketika itu, diantara yang hadir hanya ada satu yang berdiri, dan itupun duduk di kejauhan. Kemudian lelaki itu pergi dalam waktu yang tidak lama, setelah itu ia pun datang dan duduk kembali.

Kemudian, Rasulullah saw pun bertanya kepadanya,"Karena diantara yang hadir hanya kamu yang berdiri, dan kemudian kamu datang dan duduk kembali, apa sesungguhnya yang terjadi? Ia kemudian berkata, "Begitu mendengar sabda Engkau, saya segera menemui bibi saya yang telah memutuskan silaturahmi dengan saya. Karena kedatangan saya tersebut, ia berkata, "Untuk apa kamu datang, tidak seperti biasanya kamu datang kemari." Lalu saya menyampaikan apa yang telah Engkau sabdakan. Kemudian ia memintakan ampunan untuk saya, dan saya meminta ampunan untuknya (setelah kami berdamai, lalu saya datang lagi ke sini).

Maka Rasulullah saw pun bersabda kepadanya, "Kamu telah melakukan perbuatan yang baik, duduklah, rahmat Allah tidak akan turun ke atas suatu kaum jika di dalamnya ada orang yang memutuskan silaturahmi."

Apa yang telah terjadi dalam riwayat tersebut di atas tentunya sangat sesuai sekali dengan firman Allah swt berikut:

“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (QS. Al Hujuraat: 10)

Rasulullah juga pernah bersabda, "Tidak ada satu kebaikan pun yang pahalanya lebih cepat diperoleh daripada silaturahmi, dan tidak ada satu dosapun yang adzabnya lebih cepat diperoleh di dunia, disamping akan diperoleh di akherat, melebihi kezaliman dan memutuskan tali silaturahmi." Dalam sebuah riwayat lain, dari Anas ra, ia berkata bahwa Rasullah saw bersabda, "Barangsiapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dilamakan bekas telapak kakinya (dipanjangkan umurnya), hendaknya ia menyambung tali silaturahmi. (HR. Mutafaq ‘alaih)

Dalam riwayat lain, Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, "Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga". Rasulullah menjawab; "Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi". (HR. Bukhari).

Dari Hudzaifah Bin Yaman ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan termasuk golongan mereka.”. (HR. At Tabrani)


[ hihi, kantoi,, nampak sangat copy paste tang dalil nih, bahasa indonesia pulak,.  apapun bahasa janji bersaudara :-) ] { malas sebenaqnya , wat tak ngaku pulak !! :-) }


Wah..!!!, banyak sungguh dalilnya, tapi aku yang membaca dan menghafaznya sebahagiannya ini, betul-betul memahamikah konsep serta mengamalkannya??? Ma sya Allah, aku pun tidak tahu, tepuk dada tanya iman.. ya Allah, ampunilah aku jika aku terlepas pandang dalam menjalinkan persaudaraan serta gagal melaksanakannya..  jom kita bersama-sama ikuti kisah di bawah ini.. hayatilah dengan hati yang penuh keimanan kepada Allah.. adakah kita ini benar-benar mementingkan persaudaraan sesama Islam???..


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Layakkah Kita Bergelar Saudara?


"Umi!!!!" Khalid menjerit nyaring.

Sebaris rumah baru sahaja dihancurkan oleh jentolak di hadapan matanya. Khalid yang bersembunyi di sebalik batu-batu yang ada hampir sahaja menjerit ketakutan, mujur suaranya itu tersekat di kerongkong sehinggalah tentera-tentera kejam itu berlalu pergi... Jika tidak, entahkan hidup entahkan tidak lagi dirinya di muka bumi ini.


"Umi!!!" Khalid menjerit lagi.


Kanak-kanak berusia 6 tahun itu berlari-lari di atas serpihan batu-bata,t erpaksa memungkinkan bahawa ibunya ada di situ... Cuaca yang panas terik tidak memberhentikan kakinya daripada terus melangkah, berlari ke segenap penjuru mencari insan yang paling dikasihinya.


"Khalid.. Khalid anak umi..."


Suara lembut itu membuatkan kepala Khalid menoleh ke arah sisinya. Wajahnya yang dibasahi peluh tersenyum senang melihat kehadiran Nur Laili, satu-satunya ahli keluarganya yang masih hidup pada saat itu. Khalid berlari ke arah Nur Laili, Nur Laili mendakapnya senang...


"Umi, Khalid ingat umi dah tinggalkan Khalid macam abi..."


* * *


"Khalid... Mari cepat pergi ke masjid, sekejap lagi azan ni!"


Kedengaran suara Salman Al-Farisi memanggil dari luar rumah. Khalid yang baru sahaja keluar dari bilik air terkedek-kedek lari mendapatkan bapanya.


"Umi, Khalid pergi dulu..." ucapnya seraya melangkah pergi...


"Abi, kenapa kita kena solat di masjid?. Umi tak pergi masjid pun abi..." Khalid bertanya. Matanya yang bening memandang tepat ke dalam anak mata Salman Al-Farisi.


Salman Al-Farisi menarik nafas panjang.


"Kita kan orang Islam sayang, kita lelaki, lelaki kuat, jadi kena solat di masjid. Umi tak apa solat di rumah. Lagipun, bila ramai-ramai orang Islam berkumpul di masjid, orang kafir pun akan gerun, nampaklah orang Islam ni bersatu, bila bersatu, kita akan kuat kan sayang?" Salman Al-Farisi cuba menerangkan seringkas mungkin buat kanak-kanak berusia 6 tahun itu.


"Tapi abi...."


"Kenapa Khalid?"


"Kenapa dulu masjid kosong saja, sekarang ni baru nampak penuh... Bukankah sekarang ni banyak tentera, kat setiap penjuru ada tentera, dulu tak ada tentera kenapa orang tak sibuk ke masjid?" Penuh ketulusan suara itu bertanya.


Salman Al-Farisi termenung jauh. Tangannya yang memimpin tangan Khalid digenggam seerat mungkin. Bagaimanakah cara terbaik untuknya menerangkan keadaan ummah pada masa kini kepada kanak-kanak sekecil Khalid.


"Khalid... Kalau Khalid dapat apa yang Khalid nak, tapi Khalid degil, tak mahu dengar cakap abi.. Tiba-tiba satu hari semua tu abi ambil balik , Khalid hidup susah, baru Khalid rasa betapa bermaknanya kesenangan yang lalu kan?"


Angguk.


"Macam tu jugalah keadaan sekarang ni. Dulu, Allah bagi nikmat banyak sangat... Tapi manusia tak mahu bersyukur malah manusia tak nak dengar cakap Allah. Sekarang ni, bila dah susah baru semua tahu betapa pentingnya sesuatu arahan Allah. Mustahil arahan daripadaNya itu sia-sia."


"Abi, Khalid tak mahu lawan cakap Allah!" Khalid bersemangat.


"Ya sayang, Khalid kena jadi macam Khalid Al-Walid. Dia seorang panglima perang yang hebat, dia tak pernah gentar dalam mempertahankan agama Islam bahkan dia rela mati di jalan Allah". Bersemangat Salman Al-Farisi memberi kekuatan buat si anak kecil itu. Satu-satunya anak yang masih tinggal untuk bersama-samanya berjuang di jalan Allah.


"Macam abang-abang?" Khalid bertanya lagi.


Terlalu perit kenangan yang lalu itu untuk dikenang. Anak-anaknya semua berjumlah 5 orang. Kelima-limanya adalah lelaki dan 4 orang daripadanya telah pun syahid di jalan Allah. Biarpun perit, namun Salman Al-Farisi tetap bersyukur kerana mempunyai anak-anak yang bergelar mujahid fi sabilillah!


"Abi....."


Khalid mula menyorok di belakang Salman Al-Farisi.


Lamunan Salman Al-Farisi terhenti. Matanya tertancap, melihat objek-objek yang bergerak di hadapannya. Kelihatan beberapa orang tentera berlegar-legar dengan senapang di sisi. Salman Al-Farisi memandang Khalid di sisi yang ketakutan.


Allah... lindungilah anak yang tidak berdosa ini...


Salman Al-Farisi mendukung tubuh kecil Khalid dan melangkah gagah menuju ke masjid yang berada beberapa langkah lagi di hadapannya. Khalid menangis semahunya di bahu abi tercinta...


* * *


Pom! Pom!


Bunyi ledakan peluru membantutkan konsentrasi seluruh jemaah yang sedang bersolat. Khalid terpaku melihat beberapa baris jemaah yang telah pun rebah ke bumi akibat ditembak ketika sedang bersolat. Sebentar sahaja, dan tentera-tentera kejam itu pun pergi meninggalkan mayat-mayat bergelimpangan di dalam masjid.


Khalid mula tidak keruan. Di mindanya tergambar wajah abi tercinta... Khalid mundar-mandir. Satu persatu wajah para syuhada' yang berada di lantai masjid di tatapnya. Dan...


"Abi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"


Khalid meraung. Wajah insan yang amat disayanginya berada di situ. Kepala Salman Al-Farisi berlubang ditembusi peluru. Darah yang berwarna merah pekat mengalir membasahi separuh mukanya.Mengerikan.


"Abi... Kenapa tinggalkan Khalid..."


Pandangan Khalid mulai kelam dan Khalid rebah di situ...


* * *


"Umi..." Khalid bersuara dalam sendunya yang masih berbaki.


Nur Laili yang asyik mengelamun tersentak.


"Ya sayang.." Tangan yang mampu menggoncang dunia itu mengusap lembut kepala Khalid. Penuh kasih.


"Kenapa negara Islam yang lain tak bantu kita?"


Nur Laili terdiam, terpegun dengan pertanyaan si anak kecil yang dimatangkan dengan kesusahan hidup, kengerian peperangan, melarat tanpa insan bergelar ayah di sisi.


"Mereka bantu sayang, mereka beri duit, makanan.."


"Tapi umi, Khalid nak senjata! Khalid nak lawan tentera-tentera yang zalim tu!"


Nur Laili tersentak sekali lagi.


"Umi..." Perlahan, Khalid memanggil.


"Ya sayang..."


"Adakah mereka mendoakan kita?".


"Siapa?"


"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"


Nur Laili terdiam. Kepetahan Khalid membuatkan jiwanya bergelora.


Ya Allah, adakah kami berada dalam ingatan saudara-saudara kami yang sedang hidup dalam kesenangan sekarang???.


"Umi..."


Khalid memanggil lagi.


"Ya..."


"Tidak malukah mereka apabila ditanya di Padang Mahsyar nanti apa yang mereka telah lakukan untuk saudara mereka yang berada dalam kesusahan seperti kita?".


"Siapa?"


"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"


Diam.


"Umi.."


"Ya nak.."


"Apa yang telah mereka lakukan untuk kita?". Khalid yang selesa berada dalam pelukan seorang wanita bergelar umi menggenggam erat tangan wanita solehah itu.


"Siapa?"


"Semua orang Islam. Orang Islam semua bersaudara, kan umi?"


Ayat yang sama diulang-ulang oleh anak kecil itu. Mata Nur Laili mula digenangi air...


"Umi tidak tahu sayang..."


''Oh Allah... Masihkah kami layak bergelar saudara???''.


"Umi..."


"Ya sayang..."


Nur Laili mengucup penuh kasih dahi anak kecil itu. Khalid tidak seharusnya merasai suasana seperti ini, terlalu kejam buat dirinya...


"Umi... Abi pernah kata kalau perang, seharusnya mereka berperang dengan tentera sahaja, bukan orang awam macam kita. Betulkah umi?"


"Ya sayang.."


"Jadi mengapa kita digelar pengganas umi?"


Nur Laili tidak mampu lagi menahan air matanya daripada tumpah. Setitik demi setitik, dia tidak tahu mengapa mereka digelar pengganas. Mungkinkah faktor media massa atau apa?. Itu semua dia tidak kisah tapi mengapa ada juga segelintir umat Islam yang mengatakan mereka pengganas?. Tidakkah mereka tahu keadaan saudara mereka ketika ini...


"Kenapa umi menangis?"


Khalid yang merasa titisan air mata jatuh ke atas kepalanya lantas bangun dan mengelap air mata itu..


"Umi, di padang Mahsyar nanti, air mata ini bakal menjadi saksi buat saudara-saudara kita yang diam, membisu tanpa memberi bantuan, kan umi?".


Angguk.


Pom!!!.


Ledakan peluru itu tepat mengenai dada Nur Laili... Khalid terperanjat. Ini merupakan kali kedua insan kesayangannya rebah di hadapan matanya. Khalid menangis.. Tangannya yang kecil menggoncang-goncang tubuh Nur Laili yang kaku. Sekejap sahaja, tangannya merah dibasahi darah umi tercinta.


"Umi, siapa lagi yang akan menerangi malam Khalid..."


Tentera-tentera kejam itu mara menghampiri Khalid. Senapang diacukan ke kepala kanak-kanak kecil itu. Khalid memandang dengan perasaan amarah kerana maruah dia dan keluarganya telah dirobek-robek. Dia tidak lagi gentar. Batu di sebelahnya di genggam kemas, dan..


"Aku mahu jadi seperti Khalid Al-Walid. Allahu akbar!!" Khalid bangun dan melontar batu itu ke arah tentera yang hampir dengannya. Serentak dengan itu juga bunyi ledakan peluru kedengaran lagi, tepat menembusi kepala Khali. Khalid rebah di samping uminya...


"Umi.... Kita dapat jumpa abi dan abang-abang nanti..."


Dan mata Khalid terpejam jua, untuk selamanya.... 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ma sya Allah, tabarakallah.. nilailah kembali diri kita ini.. moga-moga Allah mengampunkan dosa kesalahan kita..

"  Ya Allah, ampunilah dosa-dosa hamba-hambaMu yang terlepas pandang atau dengan sengaja dalam menjaga anugerah yang suci di bawah persaudaraan ini Ya Allah.  berikanlah hidayah dan taufiqMu kepada hamba-hambaMU yang tersasar dari jalan Engkau ya Allah Ya Rahman Ya Karim.. Amin ya Rabbal 'alamin...... "
  
" Wahai umat-umat Islam yakni saudara-saudaraku, maafkanlah daku andainya daku tidak melaksanakan tanggungjawabku dengan dengan dalam perhubungan suci kita ini.. maafkan daku. maafkan.. akan ku cuba berusaha secara terus menerus dalam menjaga erti persaudaraan kita yang suci di bawah naungan rahmat Allah.. In sya Allah.. "

Friday, March 18, 2011

salam.. renungan bersama 2

renungan kita

khidupn ini bgaikn gelora,
kta x ktahui apa ujian strusnya,
pasrah dan twakkal pngubat jiwa,
mga kta redho dgn khndk y Maha Esa,
x smua khndk kita dpat digapai mesra,
byk kephitn mndtg dn tdak tcpainya,
phit mnis twar msin itu ftrh biasa
in sya Allah, innallaha ma'ana,

nukilan : munada @ KUIS

Thursday, March 17, 2011

salam.. renungan bersama 1

 Renungan kita

Kehidupan ini makin lama mkin bnyak cabaran,
demikian diri manusia itu penuh dgn corengan,
Allah Ta'ala Maha pengasih lagi maha pengampun,
andaikata kita berada dlam kebaikan serta kebajikan,
jngnlah disangka syurga y diberi ats kebaikan insan,
andai kita dalam noda kehitaman dlm kemaksiatan,
jgnlah kita dlm keadaan putus harp ats rhmat tuhan,
fahamilah syurga itu ats rahmat Allah arRahman,
pntu keampunan lbh luas dr timur barat utara selatan,
jgnlh dibuang peluang y dberi Olh Maha Pengampun,
sesungguhny manusia itu dijadikan insan yang lemah,
tetapi sebaik-baik kejadian yang Maha Kuasa jadikan.


nukilan :  munada @ KUIS

Sunday, July 11, 2010

salam... inzar dan tazkiyyatun nafs





Empat Golongan Yang Ditarik Oleh Perempuan Ke Neraka..

Assalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh. Seseorang wanita itu apabila di hari akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka. Na'uzubillah.

Pertama:- Ayahnya Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Firman ALLAH S.W.T.:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DIMANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA DAN BATU-BATU....." Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda, kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak ????? Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.

ALLAH S.W.T. nilaikan
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim masuk syurga dan janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM AHLI SYURGA.
AMIN..... YA RABBALALAMIN.