budayakan Ilmu, Amal dan Dakwah ( silakan muat turun )

Followers

Thursday, March 31, 2011

salam.. akhirnya, selamat tinggal facebook.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Alhamdulillahi rabbil 'alamin, setinggi2 ksyukuranku kepada hadrat Allah ta'ala , di atas limpah kurnia yang tidak terhingga..  selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi kita Saiyidina Muhammad kekasih Allah.. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Coretan kali ini bukanlah bermaksud untuk mnyampaikan ceramah atau kuliah.. tetapi hanyalah berkenaan luahan rasa.. facebook ni sebenarnya ada positif dan negatifnya.. kadang2.. meskipun boring dengan fb.. namun terdapat sesetengah orang berjam2 dok mengadap fb.. tidak dinafikan ada yang menyibukkan diri menyampaikan ilmu..iaitu mnjadikn Fb sbgai wasilah.. bagus sangat.. tetapi kadang2 kita teralpa sebentar.. ya saya tahu.. kita hanyalah manusia biasa.. kadang2 kita tersalah langkah.. manusia yang lemah yang senantiasa ada salahnya.. tetapi kita kna ingt, kita juga telah diiktiraf oleh yang Maha Agung , iaitu kita adalah sebaik2 ciptaan Allah ta'ala..hihi.. mcm nk bg kuliah plak.. apapon.. sbnrnya,, cuma nak gtau.. akaun Fb dah di delete, dalam masa 14 hri akan kekal hilang akaun dari server FB.. hermm...actually ,saya dh byk kali nk delete.. tapi tak jadi.. namun, akhirnya, tercapai jugak hasratku ini, entahlah.. nk kmbli aktif ke tak dalm Fb.. kalau nak aktif kna buat akaun baru la.. hmmm.. tengok la cmana, ada kepentingan dan keperluan ,, saya akan aktf balik, kot, kalau dirasakan tak dak kepentingan,, maka,, selamat tinggal dunia FB buat slama2nya.. :-) ..   haha.. saya ni jenis tak pandai nk menulis n bermonolog,, kalau berdebat atau berdialog secara live boleh la kot.. in sya Allah.. lama2 pandai rr mnulis nih.. ni tak tw la, BM dlm SPM dpt brpa.. A dengung kt.. k lah.. setakat tu ja la kt.. Bagi y mengenali saya, kalau yang nak contact tu,, boleh hubungi saya melalui phone atau email atau YM.. tu pon kalau on9 la.. doakan saya ye moga lebih baik dalam seni penulisan terutamanya dalam berblog..in sya ALLAH. wassalam.


#&%@*# Satu g,  bukan saya sahaja yang delete akaun fb, saya ada sokongan daripda mak saya juga..hihihi.. akaun beliau pon dah dideletekan slpas sya delete akaun sya.... #**#$$%


Wednesday, March 30, 2011

salam.. FEVER !!!!

assalamu'alaikum,, alhamdulillah hari ni dah baik sedikit demam.. syukur ke hadrat Allah.. ujian yang Allah berikan ini adalah tarbiyyah untuk manusia.. demam ni,, ada kajian yang mngatakan ianya adalah untuk menunjukkan bahawa imunisasi kita berfungsi.. untuk hari ini, ingin saya kongsikan mngenai demam. Dalam kita menghadapi demam , sejak 1400 tahun dahulu Junjungan Besar Nabi Muhammad yang dicintai telah menunjukkan garis panduan mengenai DEMAM .. ianya seperti berikut : 

Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka, kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dengan air, atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam. Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.   

Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur.  

Daripada hadis Nafi’ bin Jubir, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x,7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x InsyaAllah .
    Bersyukurlah kepada sesiapa yang mnghidapi demam,  ini kerana demam juga adalah salah satu kafarah dan tanda rahmat daripada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. seperti telah dirakamkan di dalam hadis :

    Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda: “Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w: Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

    Segala apa jua yang datang daripada Allah, sama ada berupa rahmat, hendaklah kita syukuri, atau berupa musibah, maka hendaklah kita sabar menempuhinya.
    Demam Penebus Dosa. Sebenarnya larangan mencaci maki demam itu mempunyai rahsia atau hikmat tertentu yang wajar kita ketahui dan ingati. Jadi, ditimpa demam itu adalah sesuatu yang menguntungkan, kerana ia menghapuskan dosa, natijah yang lain, ia akan memantapkan keimanan.

    kita boleh cuba amalkan seperti  doa2 ini : 

    Doa Demam Panas


    بسم اللهِ الكَبِيْرِ، أعُوذُ بالله العظيمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عِرْقٍ نَعاَّرٍ، وَمِنْ شَرِّ حَرِّ الناَّرِ

    Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

    Doa ini elok dibaca ketika menziarahi orang sakit demam panas atau berkaitan kepanasan seperti darah tinggi, sakit dalam perut, koma dan sebagainya. Begitu juga doa dibawah.


    اللهم ارْحَمْ جِلْدَهُ الرَّقِيْقَ، وَعَظْمَهُ الدَّقِيْقَ، وَعِرْقَهُ الصَّغِيْرَ مِنْ شِدَّةِ الْحَرِيْقِ، يا أُمَّ مِلْدَمٍ، إنْ كُنْتِ آمَنْتِ بِاللهِ العظيمِ، فَلاَ تَصْدَعِي الرَّأْسَ، ولا نُتْتِنِيْ الْفَمَ، ولا تَشْرَبِي الدَّمَ، وَتَحَوَّلِي عَنْهُ إِلَى مَنِ اتَّخَذَ مَعَ اللهِ إِلَهاً آخَرَ

    Maksudnya: Ya Allah! Kasihanilah kulitnya yang lembut, tulangnya yang halus dan uratnya yang sempit daripada terlalu panas. Wahai Ummi Mildam (nama asal sakit demam), jikalau engkau sesungguhnya beriman dengan Allah yang Maha Agung, maka janganlah kau sakit kepala, janganlah kau pahitkan mulut dan janganlah kau minum darah. Berpindahlah darinya kepada orang yang menyekutukan Allah dengan tuhan yang lain.

    Dua doa ini seeloknya dibaca sendiri kaum keluarga yang menjaga orang sakit. Tidak perlulah upah orang lain baca doa sependek ini. Kalau di hospital pesakit masih memakai wayar air, bacalah pada air mineral, ketika jururawat nak suntik ubat mintalah suntik sekali barang setitik air mineral yang telah didoakan tadi. Itu pun kalau pesakit tidak dapat minum dengan mulut.
    Bagi pelawat cukuplah dibaca sahaja tanpa hembus ke air, atau boleh membaca sambil memegang tangannya, dadanya, kepalanya.



    Sumber:
    1. Dr. Muḥammad ‘Alwī al-Mālikī al-Hasanī. Abwāb al-Farj. Dār Jawāmi’ al-Kalim, Kaherah: 2000.
    2. Dr. Haron Din dan Dr. Amran Kasimin. Doa & Rawatan Penyakit (1). Percetakan Watan, Kuala Lumpur: 1997


    Tuesday, March 29, 2011

    Salam.. Dialah sahabat.

    Seperti pesan Alqamah pada puteranya dalam mencari seorang sahabat :

    1 )Jika engkau membuat bakti kepadanya , ia akan melindungimu.
    2 )Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya , ia akan membalas baik persahabatanmu itu.
    3 )Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya , ia akan membantumu.
    4 )Jika engkau hulurkan sesuatu kebaikan ia akan menerimanya dengan baik.
    5 )Jika ia mendapat sesuatu kebaikan darimu , ia akan menghargai dan menyebutnya.
    6 )Jika mendapati sesuatu yang tidak baik dari dirimu , dia akan menutupnya.
    7 )Jika engkau meminta sesuatu bantuan darinya , ia akan mengusahakan.
    8 )Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta) ia akan tanyakan padamu.
    9 )Jika datang sesuatu bencana menimpamu , ia akan merengankan kesusahanmu.
    10 )Jika engkau berkata padanya , nescaya ia akan membenarkanmu.
    11 )Jika engkau merancang sesuatu , nescaya dia akan membantumu.
    12 )Jika antaramu berselisih faham , dia rela mengalah demi kepentingan sebuah persahabatan.

    Semua itu ada padanya.Bertuah sungguh aku mendapat sahabat sepertinya.Inilah sahabat sejati ,  sahabat yang kita berasa senang dengannya dalam urusan keduniaan dan mendapat faedah dalam hal-hal yang berkaitan dengan akhirat.Inilah sahabatku.

    Melihat wajahnya mengingatkan aku sentiasa kepada Tuhan.Tidak pernah jemu bila berbicara dengannya kerana kata-katanya adalah ilmu yang dipraktikkan.Cahaya wajahnya terpancar setiap kali dia tersenyum sehingga aku tidak pernah jemu untuk menatapnya.Bahasanya lembut  tutur kata juga sopan.Tapi pertemuan kami hanyalah sekali sekala.Ini membuatkan aku sentiasa rindu padanya.Berdepan dengannya terasa sangat kekurangan pada diri ini.Kadang-kadang terasa seperti dia tahu gerak hatiku.Seperti dia kenal benar dengan peribadiku yang banyak berdosa ini.Malunya aku…………..

    Sahabatku ,  sering aku berdoa meminta dan merayu agar ALLAH kekalkan sahabat sepertimu.Aku tidak bersedia untuk kehilanganmu.Hilangmu bererti aku kehilangan sesuatu yang sangat berharga.Sesuatu yang tidak dapat ditukar ganti walau dengan dunia ini sekali pun.

    Saat bermusafir , kau ajar aku menerima hadiah dari ALLAH yang sangat bernilai iaitu solat jamak dan qasar.Dengan hadiah ini , kita ada lebih banyak masa untuk bermunajat kepada ALLAH.Kau tersimpuh sopan mengadap kiblat merintih dosamu agar diampunkan.Air mata keinsafan dan air mata taubat bercucuran membasahi sejadah mengesali nafsu-nafsu yang tidak terkendali.Air mata itulah kelak bakal menyiram api neraka yang siap siaga membakar manusia-manusia yang engkar kepada ALLAH.Sujudmu lama.Sujud seorang hamba hina dihadapan Tuhan yang maha besar dan maha berkuasa.Sujud merendahkan sayap-sayap kebinatangan dan kerakuasan hawa nafsu yang ada dalam jiwa.Jiwa yang tidak henti-henti berjihad menentang hawa nafsu dan sifat kebinatangan yang dihembus oleh syaitan.

    Sujud yang melambangkan segenap zahir batin diserahkan sepenuhnya kepada ALLAH agar dibalas mengikut amalan yang setimpal.Dan berharap-harap dosa-dosa yang sengaja atau tidak itu mendapat keampunan.Diakhiri sujud itu dengan zikir.Zikir beralun perlahan memuja muji ALLAH yang esa disamping selawat keatas Rasul yang mulia.Hati yang berkarat hitam seumpama bontot kuali ini perlu dibersihkan.Titik-titik dosa yang setiap hari bertompok tebal dan semakin tebal perlu dikikis.Zikir itulah cuciannya.Setiapkali zikir dialun hilanglah satu titik yang menggelapkan hati.Hati perlu dibersihkan selalu dan kalau boleh setiap detik agar hati itu cepat putih , bersih dan kembali cemerlang.



    Friday, March 18, 2011

    salam.. renungan bersama 2

    renungan kita

    khidupn ini bgaikn gelora,
    kta x ktahui apa ujian strusnya,
    pasrah dan twakkal pngubat jiwa,
    mga kta redho dgn khndk y Maha Esa,
    x smua khndk kita dpat digapai mesra,
    byk kephitn mndtg dn tdak tcpainya,
    phit mnis twar msin itu ftrh biasa
    in sya Allah, innallaha ma'ana,

    nukilan : munada @ KUIS

    Thursday, March 17, 2011

    salam.. renungan bersama 1

     Renungan kita

    Kehidupan ini makin lama mkin bnyak cabaran,
    demikian diri manusia itu penuh dgn corengan,
    Allah Ta'ala Maha pengasih lagi maha pengampun,
    andaikata kita berada dlam kebaikan serta kebajikan,
    jngnlah disangka syurga y diberi ats kebaikan insan,
    andai kita dalam noda kehitaman dlm kemaksiatan,
    jgnlah kita dlm keadaan putus harp ats rhmat tuhan,
    fahamilah syurga itu ats rahmat Allah arRahman,
    pntu keampunan lbh luas dr timur barat utara selatan,
    jgnlh dibuang peluang y dberi Olh Maha Pengampun,
    sesungguhny manusia itu dijadikan insan yang lemah,
    tetapi sebaik-baik kejadian yang Maha Kuasa jadikan.


    nukilan :  munada @ KUIS